Prof Ridhuan Tee Tak Dibenarkan Keluar TV. Ini Kata² Padu Ank Ridhuan Tee “Menteri Itu Orang Islam”
Penceramah popular Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan dia digam oleh Radio Television Malaysia (RTM).
Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, dia mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
“Betullah tu,” katanya ringkas.
Sebelum ini beredar tangkapan layar sebuah kumpulan Whatsapp yang menyebut Ridhuan sebagai memaklumkan perkembangan itu.“Baru dapat notis dari RTM, saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan menteri,” katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan sedang menunggu maklum balasnya.
Sementara itu, Kosmo! melaporkan Ridhuan sebagai kesal apabila disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam.
Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana penampilannya.
“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” dia dipetik sebagai berkata.
Anak kecewa bapa tak dibenarkan bagi ceramah
Malah, anak lelakinya, Dr Qarafi Tee turut meluahkan kekesalan apabila ayahnya tidak dibenarkan hadir memberi ceramah dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam sedangkan sebelum ini tiada masalah.
Katanya lagi, ayahnya tidak dibenarkan berbuat sedemikian atas arahan daripada Menteri Komunikasi sendiri.
Annuar Musa juga melahirkan kekecewaan yang sama
“Benarkah?…
Jika benar ianya amat mendukacitakan.Usahlah ganggu FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM.Ia dah lama ujud..ia amat digemari rakyat sejak dulu.Ia sangat bermunafaat kpd muslimin, muslimat dan rakyat keseluruhannya.”
Sekadar info, forum tersebut dijadualkan pada 9 malam ini turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.
Ia sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad di Kelana Jaya, Selangor dengan tajaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan sedang menunggu maklum balasnya.
Sumber: Malaysiakini / qarafitee
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Posting Komentar untuk "Prof Ridhuan Tee Tak Dibenarkan Keluar TV. Ini Kata² Padu Ank Ridhuan Tee “Menteri Itu Orang Islam”"